Apa helah si mamak Dato’ Mohamad Zamri Zainul Abidin Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM kali ini membuka siasatan semula kes Taikun Singapura Dato’ Sri Akbar Khan ahli perniagaan dan pemaju hartanah Syarikat Bandar Raya Development Bhd (BRDB)?

Pemilik Bangsar Shopping Centre pernah dikaitkan dengan Tun Daim Zainuddin rumah dan syarikatnya diserbu SPRM. Beliau turut dipanggil ke pejabat SPRM berhubung isu saham beku bernilai USD4 bilion (RM18.75 bilion) yang pernah tersenarai dalam Central Limit Order Book (CLOB) yang ditutup di Singapura.

Arahan Tun Daim menyebabkan Kerajaan Malaysia telah membayar RM300 juta kepada CLOB melalui sebuah syarikat Effective Capital Sdn. Bhd kepunyaan Dato’ Sri Akbar Khan. Semua ini dilihat menguntungkan Tun Daim.

Oleh kerana Tun Daim disiasat kerana kes rasuah SPANCO dan beberapa pengisytiharan asetnya maka Dato’ Sri Akbar Khan disiasat  semula.

Isu terbesar SPRM membekukan semua akaun Dato’ Sri Akbar Khan tetapi semua kesalahan itu dilakukan sebelum Akta Pengubahan Wang Haram dikuatkuasakan.

Jadi mengapa sekarang? Jawapannya Dato’ Mohamad Zamri Zainul Abidin Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM sedang ‘pau’ Dato’ Sri Akbar Khan. Dato’ Sri Akbar Khan seorang jutawan sudah tentu mampu membayar kepda Zamri. Sekatan akaun dibuka dan semua tahu perangai Zamri. Berapakah rasuah yang Zamri dapat?

Percayalah kes Dato’ Sri Akbar Khan akan ditutup segera. Ada duit you lepas. Tiada duit macam-macam mereka boleh lakukan.

Menurt Edisi Siasat Zamri sebelum ini pernah dipanggil oleh TMJ kerana meminta rasuah dengan syarikat pelabur daripada timur Tengah sejumlah RM20 juta sebelum diarahkan memulangkan dana kepada syarikat di Publica Sri Hartamas.