Tiba-tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menghadiahkan sebekas madu kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Penganugerahan itu dikatakan sebagai simbolik kepada titah supaya SPRM memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara yang juga tumpuan utama pemerintahan baginda.

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees (bulan madu beta sudah berakhir, sekarang pergi tangkap lebah),” titah Seri Paduka seperti dimaklumkan di media sosial baginda.

Penganugerahan madu itu dibuat semasa baginda menerima mengadap Azam Baki di Istana Negara semalam.

Pada 19 Mac lepas, Sultan Ibrahim bertitah akan melaksanakan cara pemerintahan yang sebenar setelah hampir tempoh bulan madu.

Baginda juga bertitah bahawa baginda “bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri”.

Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama lima tahun dalam upacara di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 31 Januari lalu

Namun ada netizen berpendapat pemberian madu sebagai hadiah sebagai simbok seseorang perlu berakhir atau berundur. ‘Ibarat habis madu sepah dibuang’

Tak pasti kalau Azam Baki faham mesej Yang Dipertuan Agong itu.

Bukan saja habis madu tetapi lebahnya itu ialah Azam Baki sendiri.

Kontak azam Baki tamat Mei 2024 maka beliau perlu melobi sambung semampu boleh. Kekal atau bakal menjadi mangsa akan datang. 31 Januari Azam melobi TMJ.

Kerja Azam Baki telah mengikut semua arahan PM sebelum ini. Dari Zaman Tun M menangkap semua pemimpin UMNO, Zaman Muhyiddin memenjarakan Najib, Zaman Anwar mendakwa Muhyiddin dan pemimpin PN malah menangkap semua kuda-kuda Mahathir seperti Tun Daim, isterinya, taikun Spanco Robert Tan, Akbar Khan dan lain-lain.

Ya Azam telah melakukannya tetapi tidak bererti pegawai kanan SPRM bermula dari Timbalannya tidak boleh buat kerja. Mungkin lebih bagus dari Azam Baki.

Azam dah kaya raya. Dari seorang pemegang saham akhirnya melahirkan pemegang saham baru seperti Farhas Salvador.

Tanpa restu Azam Baki, Farhash tidak mungkin rakus dalam syarikat awam. Maka pada 9 Mei 2023 Farhash Wafa Salvador sebagai Pengerusi Excel Force MSC Berhad. Ini menambahkan kedudukan Farhash Wafa Salvador sebagai laluan taikun korporat kerana beliau juga adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Apex Equity Holdings Berhad dan selain beberapa syarikat lain.

Dari mana Fashash dapat wang? 6 bulan selepas pada 22/11/2023 Datuk Wira Farhash Wafa Salvador membeli 5 juta saham Excel Force MSC Berhad dengan menguasai 0.8 peratus. Semuanya daripada TS Wong Pengasas MyEG Service Berhad yang dikawal oleh budak Azam Baki Lim Kok Han. TS Wong adalah pemegang saham terbesar dalam Excel Force MSC Berhad namun mengurangkannya dan memberi kepada Farhash Wafa Salvador.

Terbaru demi HEITECH PADU BERHAD & PROJECT NIISE TS Wong dan Farhas menguasai Hietech Padu pula. Bakal bolot projek NIISe lebih RM1.3bilion. Siapa tak mahu kan

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Heitech Padu mengumumkan Rosetta Partners Sdn Bhd telah membeli 16.1 juta saham Heitech Padu dalam dua transaksi itu 6.158 juta saham pada 11 Mac dan 9,691 juta saham pada 12 Mac menerusi urus niaga langsung. Ini kira-kira RM40 juta tunai. Dari mana dapat duit sebanyak itu jika bukan TS Wong?

Selepas kecoh semua dilaporkan Rosetta Partners Sdn Bhd merupakan syarikat kepunyaan milik bekas Yang Dipertuan Agong atau Sultan Kelantan. Maka semua reda kembali.

Yang dipertuan Agpong mesti berhati-hati dengan Azam jika tidak akan memalitkan keburukan dan menjelaskan kredibili Agong.

Azam Baki disambung kontrak Mei tahun 2023. Penyambungan itu menyebabkan rakyat mengecam PMX dan Kerajaaan Perpaduan. Penyambungan kali ketiga ini pasti PMX dikecam lebih teruk.