Jun tahun lalu negara dikejutkan dengan insiden Ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat GIIB Holdings Berhad Tai Booi Wee diugut dengan pistol selain ditampar seorang ahli perniagaan Mafia Korporat kesayangan Tan Sri Azam Baki,  Dato’ Sri Andy Lim Kok Han (Dato Teleng).

Laporan tahun lalu Kok Han pukul orang,
kali ini Kok Han kena pukul..

Namun berita sejak semalam berlegar ialah Lim Kok Han @ Dato’ Teleng pula dipukul oleh gangster dan ‘drugs dealer’ berhubung isu wang pelaburan.

Menurut sumber  Dato’ Teleng dikepung dan dipukul di rumah kediamannya. Setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh Lim Kok Han mengenai insiden dipukul ‘Drugs Dealer’.

Dato’ Teleng dikenali ‘Budak Azam’ bersekongkol dengan Ketua Mafia Korporat Datuk Victor Chin Boon Long merampas syarikat senarai awam Green Packet, Classita (Caely), Revenue Group dan GIIB Berhad. Kok Han Teleng berjaya membeli 125.93 juta saham dalam GIIB Berhad  syarikat pengeluar sarung tangan getah itu melalui perdagangan luar pasaran dan konspirasi pemegang saham.

Ketamakan Dato’ Teleng itu berusaha untuk menyingkirkan GIIB Holdings Berhad Tai Booi Wee namun tersalah strategi kerana GIIB Bhd bernaung di bawah istana yang menyebabkan Kok Han Teleng gagal merampas syarikat itu sehingga kini. Malah kes rasuah yang dirancang kepada Tai Booi Wee, isterinya dan anak-anaknya berjaya dihalang yang menyebabkan kes itu digugurkan secara teknikal oleh peguam negara.

Ugutan menggunakan pistol menambah kesukaran buat Kok Han.

Lim Kok Han yang juga orang kanan TS Wong Pengasas MyEg merupakan pengasas syarikat Profilic Group Sdn Bhd  menguasai Perfect Driving Academy Sdn Bhd, Akademi Memandu Uji Niaga Sdn Bhd dan Akademi Propandu Sdn Bhd. Pengarah dan Pemegang saham Profilic Group Sdn Bhd ialah Dato’ Sri Lim Kok Han, Jessie Lim Me Xian (Isteri), Dato’ Sri Ismail Ahmad, Mohd Hazmi Abu Kassim (anak Tan Sri Abu Kassim).

Sementara itu pemegang saham lain ialah Radzuan Baki (Premium Marketing) dan Dato’ Sok One A/L Esen (Bekas Pegawai Siasatan SPRM).