Siapa tidak kenal pengasas My EG , Wong Thean Soon atau TS Wong dibelakangnya Mafia Korporat Datuk Lim Kok Han sahabat baik Tan Sri Azam Baki KP SPRM. 14 Febuari 2023 anak syarikatnya Asia Internet Holdings Sdn Bhd pemegang saham tunggal terbesar dalam MyEG Services Bhd membeli kira-kira 83.25 juta saham, atau 8.811% pegangan, dalam pembekal sistem tempat jualan Cuscapi Bhd.

Pembeliannya terus bertambah sehingga menguasai 24.73% kepentingan langsung dan tidak langsung.  Cuscapi Bhd syarikat kontroversi yang disiasat SPRM pada tahun 2020 selepas CEO CUSCAPI  Her Chor Siong didakwa di Mahkamah Sesyen di atas dua pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung harta syarikat itu, mengakibatkan kerugian AS$7.9 juta.

Selepas didakwa tiba-tiba nama Nasir Baki adik Azam Baki muncul sebagai pemegang saham ke 20 di CUSCAPI. Saham Cuscapi ini inilah memberi masalah kepada demonstrasi siasatan terhadap Azam. Saham atas nama adik guna nama abangnya Tan Sri Azam Baki.

TS  Wong juga merupakan pemegang saham warran Excel Force MSC Berhad yang kontroversi dikaitkan dengan Azam Baki. Pernah menjadi Lembaga Pengarahnya sebelum meninggalkan Excel Force MSC Berhad  pada 14 September 2021. Di mana ada Lim Kok Han disitu ada TS Wong dan Azam Baki. Azam Baki berjaya menutup semua mengenai kesalahan sahamnya.

Maka tidak hairanlah jika Farhash Wafa Salvador berjinak-jinak dengan TS Wong, Lim Kok Han dan Azam Baki. Justeru pada 9 Mei 2023 Farhash Wafa Salvador sebagai Pengerusi Excel Force MSC Berhad. Ini menambahkan kedudukan Farhash Wafa Salvador sebagai laluan taikun korporat kerana beliau juga adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Apex Equity Holdings Berhad, Bukan Bebas Bukan Eksekutif 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad, dan Pengarah Berjaya Construction Berhad. Dalam kerajaan Farhash menganggotai Lembaga Penasihat Yayasan Usahawan Malaysia.

Apa manfaat yang bakal diperolehi oleh syarikat-syarikat di atas? Jelas sedang dan akan berlaku.

6 bulan selepas pada 22/11/2023 Datuk Wira Farhash Wafa Salvador membeli 5 juta saham Excel Force MSC Berhad dengan menguasai 0.8 peratus. Sedikit demi sedikit TS Wong melupuskan sahamnya dalam Excel Force MSC Berhad untuk memberi peranan kepada Farhash Wafa Salvador.

SASARAN TS WONG – HEITECH PADU BERHAD & PROJECT NIISE

Projek NiiSE asalnya dicadangkan oleh Prestariang Bhd yang diberi nama sebagai Prestariang SKIN (PSKIN) sejak 2015 lagi. Projek SKIN (Sistem Kawalan Imigresen Nasional) itu bagi menggantikan sistem lapuk Jabatan Imigresen Malaysia- MyIMMs (Malaysian Immigration System). Sehingga tahun 2017 ketika Zahid Hamidi menteri KDN melantik Prestariang SKIN (PSKIN) sebagai konsesi SKIN secara ‘Build, Operate, Maintain n Transfer’ (BOMT) selama 15 tahun bernilai lebih RM3bilion. Zahid menyingkirkan syarikat Biometrik yang ada kaitan dengan Adlan Berhan menantu Muhyiddin Yassin ketika itu.

Selepas pertukaran kerajaan tahun 2018 dan Tan Sri Muhyiddin Menteri KDN membatalkan pula kontrak konsesi konsesi 15 tahun tersebut pada tahun 2019. Sekalipun Pengerusi Prestariang ketika itu Datuk Maznah Jalil Pro PH tetap tidak berjaya menghalang. Semua satu sebab Muhyiddin mahu menggantikannya dengan syarikat yang dibawa oleh Adlan Berhan.

Prestariang menyaman kerajaan Malaysia sebanyak RM733 juta kerana telah menamatkan konsesi itu sebelum tempoh 15 tahun yang telah dimeterai. Dan selepas itu kerajaan ketika itu mengeluarkan sebuah tender sistem baru untuk menggantikan SKIN yang diberi nama National Integrated Immigration System (NiiSE). Kontrak ini dilantik secara ‘turn-key’. Namun ketika krisis covid-19 dan darurat kerajaan Kerajaan menganugerahkan Projek NiiSE kepada IRIS Information Technology Sdn Bhd- IRIS Corporation Bhd dengan kos RM1.12 bilion.

Tak sempat dua tahun IITS buat kerja pembangunan NiiSE, 2022 kerajaan bertukar lagi. Dan kali ini KDN yang dipegang Saifuddin pula umum kontrak NiiSE dimiliki IITS dibatalkan pada Mac 2023 atas alasan IITS dan IRIS melibatkan syarikat vendor keselamatan iaitu syarikat S5 Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Adlan Berhan. Adlan Berhad kini diburu SPRM di luar negara. Bagaimanapun bayaran kepada IRIS RM106.9 juta telah dibayar atas kerja proviso yang telah dilakukan. Namun terbaru Prestariang yang menyaman tahun 2019 menang kes mahkamah RM231.5 juta. RM339 juta telah rugi dan mungkin IRIS pula nanti.

PELUANG DIDEPAN MATA

Tender projek semula NiiSE diteruskan. Media melaporkan syarikat seperti Datasonic Group Bhd, Scicom (MSC) Bhd, Bestinet Sdn Bhd, MyEG Services Bhd, Microlink Solutions Bhd, Infomina Bhd, REDtone Digital Bhd, Kumpulan Sapura, HeiTech Padu, Dagang Exchange (Dnex) dan Thetha Edge (THETHA) dipanggil menyertai tender. Ada pihak yang rasa disenaraikan peringkat akhir iaitu HeiTech Padu.

Apa yang TS Wong nampak pada HeiTech Padu?

TS Wong juga sebelum ini ada bergabung dengan IRIS Berhad untuk projek NiiSE. Kini TS Wong MyEG melakukan sekali lagi menggunakan HeiTech Padu. MyEG perlu bersama dalam NiiSE memandangkan MyEG juga punya kontrak dengan Jabatan Imigresen Malaysia. My EG terancam dengan ugutan kontrak bakal batal atau disambung 3 tahun. Setiap kerajaan berkuasa mengancam kedudukannya.

HeiTech Padu merupakan syarikat teknologi komunikasi dan maklumat yang menawarkan rangkaian perkhidmatan termasuk penyepaduan sistem, pembangunan aplikasi, perkhidmatan infrastruktur terurus dan penyelesaian inovatif merentas sektor serta pembangunan inisiatif e-kerajaan.

11 Mac lalu MyEG Services Bhd membeli 14.4 peratus kepentingan dalam HeiTech Padu Bhd pada harga RM31.25 juta sebagai sebahagian daripada pelaburan strategik.

Sebelum itu, ia membeli 5.16 juta saham HeiTech daripada pasaran terbuka pada 7 Mac lalu secara tunai dengan harga RM11 juta atau RM2.134 sen sesaham.

Katanya, ia juga membeli 9.42 juta saham lagi menerusi transaksi perniagaan langsung pada harga RM20.25 juta atau secara purata RM2.15 sesaham. Jumlahnya ialah 15.89 peratus.

Turut mengorak langkah Pengerusi Excel Force MSC Berhad Datuk Wira Farhash Wafa Salvador melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd muncul sebagai pemegang saham terbesar di dalam Heitech Padu Berhad iaitu sebanyak 15.9% kepentingan.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Heitech Padu mengumumkan Rosetta Partners Sdn Bhd telah membeli 16.1 juta saham Heitech Padu dalam dua transaksi itu 6.158 juta saham pada 11 Mac dan 9,691 juta saham pada 12 Mac menerusi urus niaga langsung. Apakah TS Wong dan Datuk Wira Farhash kebetulan? ianya sudah dirancang untuk menguasai HeiTech Padu!.

Datuk Wira Farhash Wafa Salvador

Sementara Presiden dan Timbalan Pengerusi HeiTech Padu yang juga pemiliknya Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib hanya mengekal 14.07 peratus penguasaannya.

PRESTASI HEITECH BERHAD

Prestasi HeiTech Padu sangat bagus. Kerana setiap tahun mereka akan mendapat banyak projek kerajaan.

Pada 11 Mac lalu, HeiTech Padu menerima lanjutan kontrak bernilai RM13.1 juta daripada kerajaan bagi menyelenggara sistem myIMMs secara komprehensif di Jabatan Imigresen.

12 Mac HeiTech Padu menerima LOA Tender Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Sokongan Teknikal Bagi Infrastruktur ICT Serta Sistem Informasi Kenderaan dan Pemandu (MySIKAP) di Semua Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia bernilai RM185,076,900.00. Apakah ini ada kaitan dengan bantuan Farhash?

Belum pun bulan April HeiTech Padu dah mendapat sekurangny 5 projek Kementerian dan agensi kerajaan. Lihat senarai ini;

Projek paling penting buruan HieTech Padu Projek NiiSE Imigresen KDN. Dengan penguasaan saham terbesar Datuk Wira Farhash Salvador dalam HieTech Padu ini apakah HieTech Padu akan mendapat projek bernilai lebih RM1 bilion ini? Jika dapat pasti Kerajaan Madani akan dikecam teruk betapa bekas Setiausaha Politik PMX itu berkuasa mempengaruhi lobi tender.

Mari kita lihat Projek NiiSE akan dapat kepada HeiTech Padu atau kepada syarikat lain? Sama ada Farhash berkuasa atau tidak mempengaruhi PMX.